Perkara Yang Harus Anda Pertimbangkan Apabila Memohon Pinjaman Perumahan Di Malaysia

Semak Baki Pinjaman Perumahan Bsn 2 Petua Mudah - W4NG

Pinjaman perumahan yang disediakan bagi setiap bank adalah tidak sama. Tidak dinafikan mungkin kebanyakannya mempunyai ciri yang sama, tetapi masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Pinjaman yang paling bagus untuk beli rumah pertama adalah yang menepati keperluan anda. Pembelian hartanah berkemungkinan merupakan pelaburan terbesar dalam hidup anda, jadi pilihlah pinjaman yang paling berbaloi.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pemberian moratorium kepada orang ramai telah diarahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). BNM mengarahkan untuk seluruh bank di Malaysia memberikan moratorium secara automatik ke atas pembayaran balik pinjaman dan pembiayaan selama enam bulan bermula 1 April 2020. Permohonan baharu tetap boleh diproses, cuma akan mengambil masa. Berikut adalah hal yang perlu anda pertimbangkan.

Pertimbangkan Kos Keseluruhan

Lakukan pengiraan terhadap jumlah keseluruhan kos keseluruhan yang terlibat. Cara kira loan rumah agak rumit jika anda ingin melakukannya secara manual. Bagi memudahkan urusan, anda boleh menggunakan kalkulator loan rumah yang sedia ada di dalam internet. Anda hanya perlu memasukkan jumlah yang diminta berdasarkan keperluan dan kalkulator tersebut akan memberikan jawapannya.

Kebiasaannya, anda perlu membayar 10% deposit daripada harga  rumah dan baki selebihnya akan menentukan jumlah pinjaman perumahan dan dibayar secara bulanan. Ringkasnya, lebih banyak jumlah deposit yang mampu anda keluarkan, lebih sedikit jumlah pinjaman yang perlu anda mohon. Hal ini, akan mengurangkan pembayaran faedah.

Selain itu, perhatikan kadar peratusan tahunan dalam bentuk faedah bagi pinjaman konvesional atau keuntungan bagi pinjaman patuh syariah. Teliti jika terdapat sebarang caj tambahan yang dikenakan. Pastikan semuanya anda telah fahami dengan jelas.

Empat kos utama perkahwinan yang perlu anda pertimbangkan | Astro Awani

Tempoh Pembiayaan Pinjaman

Untuk tempoh masa pinjaman yang panjang, ansuran bulanan anda lebih rendah tetapi APR lebih tinggi. Sekiranya tempoh masa pinjaman perumahan anda berlarutan hingga ke umur persaraan, anda harus mengatur bagaimana cara anda untuk membuat pembayaran balik pinjaman selepas bersara.

Dengan kelulusan pengeluaran KWSP untuk beli rumah melalui akaun dua dilihat amat memberi manfaat kepada mereka yang berhasrat untuk membeli rumah mampu milik pertama dan kedua. Hal ini juga membenarkan mereka untuk merancang pembayaran pinjaman perumahan mereka dengan lebih awal.

Lakukan Perbandingkan di Beberapa Bank Berkaitan Pinjaman Perumahan

Terdapat kemungkinan dalam masa beberapa tahun lagi anda ingin melakukan semula pembiayaan hartanah anda. Kadar faedah atau kadar pemberian pinjaman (Effective Lending Rate atau ELR) yang lebih rendah, tempoh gadai janji yang lebih singkat, wang tunai yang boleh digunakan untuk membiayai pembelian lain, penyatuan hutang dan pilihan untuk menukar jenis gadai janji adalah antara manfaatnya.

Sebelum membuat sebarang pembelian rumah atau hartanah, pastikan anda telah mengetahui beberapa tips beli rumah pertama supaya anda mendapat gambaran serba sedikit. Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan untuk mendapatkan konsultasi dari agen hartanah kerana mereka mempunyai pengetahuan luas dalam bidang hartanah.

Pinjaman Perumahan 2022 (Syarat & Kadar Loan Rumah Bank)

Meneliti Isi Kandungan Halaman Serlahan Produk

Bagi membandingkan ELR, jumlah pembayaran balik, tempoh berkunci dan jumlah pembayaran balik, anda boleh memahami isi kandungan dalam serlahan produk. Kesan kenaikan kadar faedah terhadap ansuran bulanan dan jumlah pembayaran balik juga turut diterangkan dalam dokumen ini.

Selain itu, pastikan anda jelas mengenai insuran gadai janji pemberi pinjaman, kadar pengenalan, kekangan terhadap bayaran tambahan dan ciri-ciri lain. Didalam sesuatu kontrak terdapat ‘fine print’ yang anda perlu waspada. Oleh itu, teliti setiap isi kandungan perjanjian dengan berhati-hati.

Ringkasnya, terdapat banyak perkara yang anda harus pelajari dan fahami sebelum memohon pinjaman perumahan di Malaysia. Hal ini, untuk memastikan proses permohonan anda berjalan lancar dan dipermudahkan. Semoga impian anda untuk membuat pinjaman perumahan bagi memiliki rumah sendiri tercapai.